Resepi Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan
Posted By:
azril
on 14:49:00
Resepi Fettucine Carbonara, pada asasnya adalah pasta jenis fettucine yang dimasak bersama sos carbonara. Sebelum tu Che Nom nak senaraikan jenis pasta yang kebanyakan terdapat di pasar raya seperti spaghetti, fettucine, fusilli, linguine, tagliatelle, penne, macaroni dan banyak lagi. Bezanya adalah dari segi bentuk dan juga kawasan asal-usul pasta ni.
Untuk hidangan carbonara, selain fettucine boleh juga digantikan dengan spaghetti. Resepi ni dikongsikan oleh sahabat baik Che Nom yang sekarang menetap di luar negara, dan tiada telur dalam sos carbonara ni.
Mungkin cara ini adalah bertentangan dengan resepi klasik carbonara, tetapi rasanya sangatlah sedap dan sesuai untuk hidangan vegetarian.
Akan datang Che Nom akan kongsikan resepi carnonara menggunakan telur di entri yang berlainan. Anda harus cuba resepi ni, mudah dan cepat dihidangkan. Kombinasi udang dan cendawan sangat sedap dan membangkitkan rasa sos carbonara.
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang
Bahan-Bahan:
100g fettucine kering, ATAU anggaran 1 mangkuk besar fettucine yang sudah direbus
3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
2 ulas bawang putih, hiris nipis
6-7 ekor udang
1 cawan whipping cream ATAU thick cream (Che Nom guna jenama Anchor)
1/2 cawan susu full cream
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 cendawan butang, hiris nipis
3 sudu besar serbuk parmesan cheese
daun ketumbar, untuk taburan
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan udang dan cendawan butang dan serbuk lada hitam. Masak seketika sehingga udang separuh masak dan cendawan menjadi lembut.
Masukkan fettucine, whipping cream dan susu full cream. Masak sehingga kuah agak mendidih dan taburkan dengan serbuk parmesan. Kacau sebati.
Perasakan dengan sedikit garam dan gaul dengan hirisan daun ketumbar.
Tips:
Gunakan serbuk lada hitam yang baru dikisar supaya rasa lebih fresh dan sedap.
Anda boleh gantikan cendawan butang dari tin jika tiada cendawan butang segar. Tetapi rasa kan lebih sedap jika gunakan cendawan butang segar.
Resepi Soto Ayam Istimewa
Posted By:
azril
on 14:46:00
Resepi Soto Ayam Istimewa, memang sangat istimewa kerana pembantu rumah Che Nom dari Medan yang bagi resepi ni. Sebelum masak Che Nom tanya dulu bahan-bahan dan cara-caranya. Bukannya susah sangat cuma memerlukan masa yang agak panjang untuk disediakan. Ternyata sedap dan memang tak jemu dimakan.
Kalau time raya atau open house boleh la nak hidangkan Soto Ayam untuk tetamu. Soto Ayam harus dipadankan bersama Begedil (resipi di sini). Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah resipi… InsyaAllah Che Nom akan jawab. Cuba lah ya! :)
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 45 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 75 minit
Jumlah Hidangan : 10-15 orang makan
Bahan-Bahan:
Bahan untuk rempah tumis kuah soto:
3 biji bunga lawang
2 batang kayu manis
4 kuntum cengkih
6 biji buah pelaga
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk lada putih atau lada sulah
Bahan untuk dikisar halus:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 ketul kunyit hidup
Bahan untuk kuah :
1/2 senduk minyak masak
1 ekor ayam saiz sederhana kecil, potong 4
1 mangkuk santan pekat
1 jug air
Bahan untuk dihidangkan soto ayam
3-4 bungkus nasi impit, rebus sehingga masak dan potong dadu besar
500 gram taugeh, bersihkan dan potong bahagian akar
bawang goreng
suhun, goreng hingga garing
isi ayam goreng dari sup, dicarik halus
daun sup, hiris kecil
daun bawang, hiris kecil
cili merah, hiris nipis
kacang tanah, goreng dalam minyak
begedil
Bahan untuk kuah kicap bercili
1 mangkuk kecil kicap manis
10-15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak masak, masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan bahan kisar. Kacau dan masak rempah sehingga garing.
Masukkan ayam dan kacau selama 1-2 minit. Masukkan air, kiub ayam dan rebus sup sehingga mendidih seketika. Masukkan pula santan pekat dan masak sehingga ayam lembut dan empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat ketulan ayam dan gorengkan seketika sehingga kekuningan. Sejukkan dan carik isi ayam.
Hidangkan dengan cara masukkan ketulan nasi impit, isi ayam, taugeh, daun sup, cili merah, begedil, bawang goreng, suhun goreng dan kacang tanah. Tuang kuah secukupnya.
Soto harus dimakan bersama cili kicap.
Cara untuk cili kicap:
Goreng cili dan bawang putih di dalam minyak sehingga lembut dan angkat.
Dalam pengisar, masukkan cili dan bawang putih goreng tadi dan kisar sehingga halus.
Tuang ke dalam mangkuk dan perah jus limau kasturi. Kacau sebati.
Nasi Goreng Kampung Udang & Wantan Goreng
Posted By:
azril
on 14:44:00
Nasi Goreng Kampung Udang & Wantan Goreng
Bahan
• 2 cawan nasi sejuk - lerai2kan
• 1 sudu besar udang kering, rendam kejap dan toskan - ditumbuk
• 10 biji cili padi - ditumbuk
• 1 ulas bawang putih - ditumbuk
• 1 biji bawang merah - ditumbuk
• 2 biji bawang merah - dihiris
• 6 batang kacang buncis - dipotong2
• 1 biji telur
• 1 sudu besar Sos tiram maggi
• sedikit kiub ikan bilis
• ikan bilis yang digoreng dan ayam goreng dipotong
• sedikit lada sulah
* wantan dah digoreng
Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah yang dihiris hingga layu dan masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga harum. Masukkan kiub ikan bilis dan sos tiram, kacau sebati dan masukkan telur dan biar mengeras sikit , kacau dan gaul bersama bahan2 lain.
2. Masukkan nasi dan gaul sebati dan terus besarkan api dan gaul pantas. Renjiskan sedikit air panas atas nasi supaya nasi goreng tu tak terlalu kering dan kacau lagi. Masukkan ikan bilis goreng dan ayam goreng yang dipotong dan sebatikan, masukkan lada sulah, kacau lagi , rasakan dan jika ok boleh tutup api...
Resepi Nasi Goreng Kampung
Posted By:
azril
on 14:42:00
Resepi Nasi Gorang Kampung, sajian kegemaran ramai. Sedap dan simple, sesuai untuk makan makan, enak di hidang bersama sambal belacan bagi menambahkan lagi kick. Kalau nak nasi goreng kampung ni lebih pedas boleh tambahkan cili padi.
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang
Bahan-Bahan:
3 cawan nasi
6 ekor udang, dibuang kulit
2 ekor sotong, dipotong bulat
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
6 biji cili padi
1/2 ikat sayur kangkung
1 mangkuk kecil karot, didadu
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
2 ketul fish cake, putong dadu
ikan bilis goreng
serbuk lada sulah
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk kasar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
6 biji cili padi
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.
Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Sedap
Posted By:
azril
on 14:41:00
Terdapat banyak versi untuk menyediakan nasi goreng. Guna sahaja kreativiti samada nak guna cili kering atau cili padi atau cili merah. Begitu juga bahan bahan lain yang ingin diguna seperti daging, ayam, makanan laut, ikan bilis dan juga telur. Semuanya terpulang pada kita. Begitu juga dengan sayuran, boleh guna apa sahaja yang disukai seperti kubis, kacang panjang atau kangkung. Maknanya semuanya ikut suka hati masing masing. Saya pun selain mengikut apa bahan yang ada di rumah, saya ikut gerak hati. Ada kala, saya tumbuk bawang, ada kala saya hiris sahaja. Jadi sesiapa pun boleh menyediakan nasi goreng yang sedap. Celoteh celoteh kosong begini bukan lah untuk sifu sifu tetapi untuk anak anak yang baru belajar memasak atau anak anak yang baru melangkah ke alam perkahwinan.
Nasi goreng saya hari ini sangat sedap walaupun menggunakan nasi yang baru dimasak dan terlembik kerana menggunakan beras baru. Nasi siap masak, terus diceduk dan masuk ke dalam kuali. Jadi jangan pandang pada rupa. Saya makan bersama Boy dan Aween menambah nambah juga lah. Lebih lebih lagi dimakan dengan Ayam Goreng Berempah Madu yang sangat sedap sehingga Boy menanyakan apa yang bau sangat sedap itu, ketika ianya sedang digoreng. Untuk memasak nasi goreng, seeloknya menggunakan nasi sejuk yang mungkin dimasak malam sebelumnya. Barulah cantik berderai nasinya.... Saya memasak dalam keadaan tergesa gesa kerana Boy yang mengambil saya dari pejabat. Dalam perjalanan balik rumah, singgah kedai runcit membeli barang yang diperlukan dan balik bekejar untuk memasak. Pertama kerana Boy hendak pergi ke rumah sewanya di Shah Alam sebelum memulakan pengajian semester baru pada hari Isnin 7 September. Tahniah buat Boy. Mama bangga dengan keputusan yang Boy perolehi. Keduanya, biasalah bagi blogger cahaya adalah sangat penting untuk mengambil gambar. Jadi jika siap memasak waktu telah malam atau telah gelap, maka agak mengecewakan kerana gambar yang terhasil memang tidak cantik. Ianya berbeza dengan blogger yang memang tidak bekerja di pejabat. Mereka boleh memasak, mengambil gambar dengan pelbagai prop yang cantik bila bila masa sahaja yang sesuai cahayanya. Sedang saya selepas memasak, ceduk ke dalam pinggan, ambil gambar dan terus makan. Tiada kosmetik bagai lah, semuanya real giteww....
Boleh rujuk di SINI untuk nasi goreng Ikan bilis yang saya sediakan sebelum ini. Pendek kata, nasi goreng ala ala kampung yang diletak ikan bilis memang menambat hati saya. Jika suka, boleh juga diletakkan sedikit belacan seperti seperti Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah di SINI. Jom layan resepi mudah tetapi sedap ini. Layaann...
Nasi Goreng Ikan Bilis Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi - boleh tambah jika suka pedas
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
2 biji telur
Sayur kubis/kacang panjang
Garam
Cara cara:
Tumbuk bawang bawang dan cili cili sehingga hancur sebelum dimasukkan ikan bilis. Tumbuk kasar.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau. Masukkan kacang panjang dan kacau seketika supaya tidak terlalu lembik. Ketepikan bahan dan pecahkan telur. Biar telur agak masak dan dikacau rata.
Kemudian, masukkan pula nasi. Kacau sehingga rata dan taburkan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Nota;
Boleh juga ikan bilis digoreng berasingan sehingga garing. Tabur di atas nasi yang telag siap digoreng.
Subscribe to:
Posts (Atom)